Wednesday, July 18, 2012

Setiap Hari Adalah Kehidupan Yang Indah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah beberapa lama saya mahu memulakan sebuah penulisan blog maka nampaknya hari ia benar-benar berlaku. Sudah lama meninjau-ninjau bahan-bahan untuk dimuatkan bagi tatapan pembaca bagi mendapatkan manfaat. Memberi manfaat kepada orang lain tentu sahaja perkara terbesar yang berbaloi untuk dilakukan. Apabila kita tidak punya banyak wang, banyak tenaga, banyak kata-kata, maka menulis perkara yang bermanfaat juga suatu pahala yang besar. Menyebarkan sebuah dakwah agama yang paling mulia iaitu Islam yang Selamat




Saya memulakan dengan memandang kehidupan adalah pekara yang indah untuk diteruskan. Mungkin kerana saya menulisnya hari ini bukan setahun atau enam tahun atau sepuluh tahun yang lalu ketika saya menghadapi pelbagai dugaan kehidupan.

Namun, merenung apa yang telah berlaku adalah begitu menginsafkan dan kita akan belajar banyak perkara. Perkataan paling indah untuk diungkapkan adalah 'Aku bersyukur Ya Allah" dan 'Terima Kasih Pengalaman yang lalu'.

Sebagai perkongsian pada permulaan ini, saya menyatakan bahawa hargailah pada sebuah kehidupan yang ada dan laluilah dengan tenang, banyakkan berdoa.

Akhirnya saya percaya..Jika kita mahu bahagia, ia bermula dari kita....

Sekian, salam permulaan

No comments:

Post a Comment