Dari Dapur

Panduan Di Dapur bagi Ibu Bekerjaya

Sejak belajar di Sekolah Bisnes Ainon Mohd saya menukar cara berfikir, cara bekerja dan cara persediaan di dapur. Dulu kerjaya 'kerja sendiri'. Bila-bila masa sahaja boleh buat apa yang terfikir untuk buat boleh buat.

Saya meninggalkan kerja di pejabat sejak 7 tahun lalu. Sekarang mahu kembali ke Pejabat. Setting minda juga harus dibetulkan. Bagaimana kita mengurus kerja di pejabat begitu juga harus mengurus dengan sistematik urusan di rumah.

Di tambah dulu ada pembantu rumah. Sejak pembantu rumah sudah pulang ke Indonesia tahun lepas semua kerja perlu dilakukan sendiri. Dulu boleh beri arahan apa yang kita mahu lakukan akan dilakukan oleh pembantu rumah seperti membersihkan lauk-pauk dan memotong sayur-sayuran.



Saya kongsikan beberapa tips untuk memudahkan urusan di dapur agar tidak kelam kabut dan dapur sentiasa bersih.

#1: Potong ikan, daging dan ayam terlebih dahulu, bersihkan dan masukkan ke dalam bekas.




#2: Potong sayur-sayuran, bersihkan dan masukkan ke dalam bekas

#3: Potong bawang merah, bawang putih, kunyit, lada kecil dan masukkan ke dalam bekas

#4: Kisar cili kering dan masukkan ke dalam bekas

#5: Beli dan sediakan pes segera seperti pes asam pedas, pes kari, pes mee bandung, pes kuah kacang dan lain-lain. Saya memang pembeli setia pes-pes terbaik. Saya akan kongsikan gambarnya nanti.

#6: Beli Milo, Horlicks, kopi, teh dan masukkan ke dalam bekas dan susun dengan baik

#7: Basuh peralatan memasak seperti kuali, pinggan dan lain-lain setiap kali selepas digunakan, jangan tangguh

#8: Setiap malam siapkan kordial minuman untuk anak-anak minum

#9: Beli water filter yang mempunyai air panas, air sejuk dan air normal. Saya telah menggunakan water filter jenama Hijrah hampir 4 tahun dan ia berbaloi. airnya pun rasa asli

#10: Setiap pagi sebelum pergi kerja, saya akan masak sarapan pagi, masak tengahhari dan bubur untuk si kecil bayi. Nasib baik kerja masuk jam 10 pagi...Fuh!

#11: Susun peralatan memasak dan keperluan lain agar mudah dicapai

#12: Saya simpan stok seperti nugget, Roti, sosej, daging kisar, stok sejuk beku agar sentiasa ada stok jika tidak sempat memasak dan membeli barangan wajib

#13: Saya simpan stok seperti mee kuning, pasta, makaroni, buah-buahan dalam tin, sos dalam tin dan lain-lain agar ada bahan untuk memasak jika keadaan terdesak atau tetamu datang




#14: Saya penggemar membuat kek, muffin dan desert, jadi sudah pasti saya sediakan stok tepung, keju, kismis, kurma dan lain-lain bahan-bahan membuat kek.

#15: pastikan dapur sentiasa kemas...habesss


Selamat Mencuba



****************************************************************************************

Menu Tengahhari Sabtu 17 Januari 2015

Hari ini cuti. Nikmatnya bercuti.

Semalam sudah beli ikan berhajat untuk digoreng. Tiba-tiba ternampak sebiji labu di atas meja. Syukur ada orang sedekah labu. Maka tercetuslah idea mahu masak gulai labu.

Ikan telah dipotong cuma tinggal untuk garamkan dan kunyitkan sahaja. Orang pahang, tips wajib goreng ikan mesti letak asam gelugor.

Sambil tunggu ikan diasamkan, hmm mana pula dapat istilah ini?...:-), saya memotong labu. Rasanya sudah hampir 4 tahun tidak memotong labu. Kulitnya yang keras memang memenatkan. Nasib baik ada pisau potong ikan. Maka alhamdulilah, berhasilnya dapat memotong labu dengan bentuk dadu yang cantik.

Bahan-bahan
1. Labu di potong 4 bahagian, guna 1 bahagian untuk makan 3 orang. Labu dipotong dadu dan dibersihkan.
2. 6 ekor ikan bilis
3. 4 biji cili- ditumbuk halus
4. 1/2 inci kunyit hidup- ditumbuk halus
5. sehelai daun kunyit
6. Sedikit garam
7. 1/2 kotak santan
8. 2 cawan air
9. bawang merah di hiris
10. lada hitam ditumbuk halus
11. Serbuk perasa HILAL-memang sedap

Cara-cara memasak

1. Rebus labu dengan air sehingga lembut
2. masukkan ikan bilis, bawang merah,cili dan kunyit hidup yang ditumbuk halus
3. masukkan santan, lada hitam dan daun kunyit
4. masukkan garam, sebuk perasa HILAL
5. rasa kesedapan gulai labu, kacau perlahan-lahan
6. Tutup api dan sedia dihidangkan.




Menu ke 2

Ikan Goreng

Bahan-bahan
1. Ikan yang telah dipotong dan dibersihkan
2. Garam
3. Kunyit serbuk
4. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Garamkan, kunyitkan dan asamkan ikan, biarkan 2 minit
2. Isi minyak ke dalam kuali tunggu hingga panas
3. masukkan ikan ke dalam kuali dan goreng hingga garing-balikkan
4. Angkat dan toskan minyak
5. sedia dihidangkan

Selamat Menjamu selera








Dua tiga hari ini tekak mahu makan desert. Tengok rak dapur ada bahan-bahan untuk buat desert. Sagu Gula Melaka adalah desert paling sedap, mudah dan murah untuk buat

Bahan-bahan

1 Cawan sagu
1 liter air
1 helai daun pandan
1 tin susu cair
1 ketul gula melaka
2 sudu gula putih
1 Tin Jagung krim ( Optional)
sedikit pewarna

Cara-cara
1. Bersihkan sagu dan rendamkan seketika
2.Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan
3. Setelah air mendidih, masukkan sagu, kacau perlahan-lahan, biarkan sehingga jernih.
4. Kemudian tutup api, dan biarkan seketika
5. masukkan pewarna, saya suka warna hijau dan kacau sehingga rata.

Saya tidak alirkan dengan air paip, kerana tanpa alirkan sagunya tetap jernih tanpa kanji, lagipun agak leceh.

6. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam acuan atau bekas, saya guna bekas plastik.
7. biarkan sejuk

Sambil tu kita buatkan gula melaka pula

Cara-cara
1. Didih 1/2 cawan air bersama 1 ketul gula melaka, biarkan sehingga cair
2. masukkan 3 sudu gula putih jika mahu untuk lebih manisnya.
3. setelah semuanya sebati, tapis gula melaka untuk buang pasir-pasir jika ada di dalam gula melaka

Cara menghidang
1. Tuangkan gula melaka ke dalam bekas plastik, ia akan menjadi satu lapisan berwarna coklat
2. tuangkan susu cair, jangan terlalu banyak, anggaran setengah dari ketebalan sagu.
3. Masukkan 1-2 sudu jagung krim
4. Kemudian, tutup dan masukkan ke dalam chiller. Ia akan jadi tiga lapisan yang cantik

Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan. memang nyum...nyum.....




Saya peminat nasi lemak, bila balik kampung menu utama adalah nasi lemak.  Sama ada nasi lemak resepi ibu atau nasi lemak yang dijual di kampung saya.

Kampung saya namanya Felda Jenderak Utara, setakat ini di sini sahaja saya berjumpa nasi lemak terbaik. Memang susah nak jumpa nasi lemak sedap di mana-mana.

Baik resepi nasi lemak ibu saya memang original kampung dan paling sedap. Alhamdulillah saya mewarisi kelebihan memasak nasi lemak ini.

Bahan-bahan Untuk Nasi

Beras 1 cawan
Santan 1 cawan
Air 1 1/2 cawan
Secubit garam
2 helai daun pandan
Halia dihiris-hiris
Bawang besar di hiris

Cara-cara

( Saya gunakan rice cooker)
1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan
2. Masukkan santan dan air
3. Masukkan garam, daun pandan, halia dan bawang
4. Siap untuk di masak

Sementara nasi sedang di masak, kita masak sambal

Bahan-bahan

1 cawan ikan bilis ditumbuk dan digoreng garing
4 sudu besar lada kering yang dikisar ( jika mahu pedas, lebihkan)
1 inci halia di tumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah kecil di tumbuk
2 biji bawang besar dihiris bulat-bulat
1 keping asam gelugur
2 sudu besar santan
1/2 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa ( saya gunakan serbuk perasa HILAL)
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. masukkan minyak, biarkan panas
2. masukkan lada kering yang dikisar, goreng sehingga masak, kacau sekali-sekala jangan biarkan hangus
3. masukkan bahan yang ditumbuk seperti bawang kecil, bawang putih dan halia, biarkan lama sedikit, kacau sekali-sekali
4. masukkan bawang besar, goreng sehingga masak, kacau
5. Proses menggoreng bahan-bahan ini tipsnya biarkan lama agar lada dan bahan-bahan tadi betul-betul masak ( Sambal akan jadi lebih sedap dan tahan lama)
6. Baru masukkan ikan bilis yang digoreng tadi
7. masukkan asam keping
8. masukkan santan
9. masukkan garam dan serbuk perasa
10, masukkan air , jika mahu kuah lebih, masukkan lebih, jika tidak biarkan kering sedikit sebelum angkat

Tips paling penting untuk adalah tumbuk dan goreng dahulu ikan bilis untuk buat sambal yang sedap






No comments:

Post a Comment