Beberapa hari sebelum Bersih 3.0, saya sudah merancang untuk turut serta kerana di dalam jiwa ini ada semangat cintakan negara. Sedang orang lain sibuk menguruskan hal diri sendiri, memikirkan periuk nasi tetapi negara di dalam keadaan yang amat menyedihkan. Negara tercinta ini kaya dengan hasil bumi seperti Kelapa Sawit, getah., petroleum dan lain-lain lagi. Namun begitu, mengapa negara ini masih mengekalkan malah menambah cukai-cukai , tol, harga barang yang semakin naik dan pelbagai perkara yang sentiasa memberatkan rakyat.
Oleh itu, dengan semangat cintakan negara ini saya yakin bahawa saya telah menyumbang sesuatu kepada negara walaupun saya hanya seperti seekor semut daripada ribuan penyokong bersih yang hadir. Benar, kehadiran diri ini menambahkan semangat cintakan negara dari pemimpin-pemimpin yang korup dan rasuah.
Teruja sekali apabila melihat rakyat berbondong-bondong berjalan kaki semata-mata mahu menunjukkan semangat yang begitu murni ini.
Jam 10.45 pagi saya, suami dan anak lelaki berumur 6 tahun sudah bersiap. Kami memang merancang untuk meletakkan kenderaan di stesen Komuter Sungai Buloh. Pada waktu itu kelihatan stesen tidak berapa sesak. Kemudian terserempak dengan beberapa orang muslimat seperti Kak Chik dan kawan-kawannya.
11.30 tengahhari sampai di Stesen KL sentral. waktu ini peserta Bersih 3.0 semakin sesak dan saya mula berfikir. mengapa mereka semua ini sanggup datang beramai-ramai bagi menyertai Bersih 3.0. Tentu sahaja ada sebab yang munasabah. Adakah tujuan mereka juga seperti saya. Mereka Cintakan Negara Malaysia ini. Saya dan Mereka tentu sudah penat dan letih melihat sikap pemimpin yang tidak habis-habis bermewahan di atas kekayaan hasil negara.
12.30 tengahhari mula bergerak dari KL Sentral ke Jalan Sultan. Terasa jauh juga tetapi kaki tidak terasa penat. Terserempak dengan sahabat dari Terengganu, sempat bersapa dan berpisah kerana beliau mengikuti kumpulannya dari Terengganu. Kami bertiga mula berjalan. Dalam terik panas mentari tidak terasa dek kerana semangat yang berkobar-kobar. Anak bujang berusia 6 tahun ini juga melangkah dan ada riak tertanya diwajahnya. Tidak mengapa saya diamkan dulu biar dia melalui sehingga habis baru saya akan ceritakan tentang perjuangan ini.
1.30 tengahhari kami tiba di Stesen Pasar Seni. Menunaikan solat zuhur. Kemudian mula melangkah mengikuti penyokong-penyokong yang lain.
2 petang kami menunggu sehingga terdengar sorakan dari jauh, barulah kami berarak ke hadapan apabila rombongan dari pimpinan pakatan rakyat tiba. Saya melangkah sambil mengikuti laungan-laungan cintakan negara. Seakan sebuah pesta dimana rakyat yang berfikir dan mahukan negara tercinta ini bebas dari cengkaman kebodohan dari pemerintah yang zalim.
2.30 petang singgah di restoran di dataran Maybank. membelikan sepinggan nasi kepada anak kecil. saya langsung tidak berselera untuk makan, kenyang apabila melihat ribuan manusia yang cintakan negara berhimpun. Seolah-olah mereka tidak sabar-sabar mahukan negara ini diBERSIHkan dari kezaliman dan kecurangan.
3.00 petang. Kami berarak dari Dataran Maybank setelah selesai ucapan pimpinan PR. Kami melangkah terus ke hadapan di depan sebuah Hotel. Saya tidak ingat nama hotel tersebut. Kami mengambil tempat di tepi bangunan Hotel dan mula duduk bersama-sama yang lain.
4.00 petang. saya mula terasa lapar lalu meminta dari suami untuk ke kedai serbaneka dihadapan kami. Saya membeli biskut dan air.
4.15 petang saya mengerling ke arah jam. biskut masih dalam kunyahan. Tiba-tiba kedengaran jeritan dari jauh dan ramai yang sudah bangun. Suami mengangkat anak dan mula berlari, Saya mengikuti dari belakang. terasa asap bercampur bahan kimia sudah sampai kepada kami dalam beberapa saat sehaja. saya mula terasa mahu muntah dan pedih mata dan muka. Suami yang mendukung anak juga kelihatan kepedihan. Sambil berlari segera saya menutup anak dengan selendang dan mengeluarkan tuala dari beg. Tuala jatuh ke tanah. Saya hampir panik. nasib baik ada yang memberi ruang pantas saya mencapai tuala dan berlari. Hanya kepada Allah saya memohon. Nasib kami tidak terlanggar apa-apa akibat kesesakan nafas mula terasa. Suami meminta saya mengeluarkan air, tetapi saya fikir tidak akan sempat untuk membuka beg sandang.
Sambil berlari mengekori suami saya ternampak seorang kakak memegang air botol. Saya lantas meminta air tersebut. Saya meminum air dan kemudian memberi kepada suami. Terima Kasih kepada kakak tersebut walaupun saya tidak sempat mengucapkannnya. Kepala saya sudah pening dan terasa mahu jatuh ke tanah. Saya cuba gagahi juga. Saya ternampak sebuah restoren yang masih terbuka pintu. Saya menjerit kepada suami agar masuk ke dalam restoren tersebut. Kebetulan ada peserta yang menjerit agar saya masuk apabila melihat suami mendukung anak saya yang sudah mula kepedihan.
Apabila masuk, terasa muka saya kepedihan. Terus sahaja beberapa peserta memberikan saya garam untuk dihisap. Saya muntah terus. suami dan anak juga terbatuk-batuk dan muntah. Saya membuka paip air sinki dan membasuh muka dan mata. Tuala saya basahkan dan mengelap muka anak. Nasib baik dia tidak menangis tetapi pada mulanya enggan memakan garam. Saya memintanya makan dan berkata ini ubat untuk rasa pedih tersebut.
Suami membasuh muka dan matanya sambil saya menenangkan anak. Beberapa ketika kami diminta pergi kebelakang dapur kerana asap kimia sudah mula masuk ke dalam kedai. Kami mula melepaskan lelah dicelah lorong belakang bangunan. Apabila keadaan mula tenang. anak saya mula bertanya. saya cuba menjelaskan semampu boleh.
5.00 petang. Keadaan agak terkawal dan kami mula keluar dari lorong tersebut. Sempat saya berkenalan dengan beberapa orang peserta. Kak Ton dari Terengganu dan Ahli Parlimen DAP dari Perak.
5.30 petang. Kaki mula terasa sakit dan saya menahan teksi untuk ke KL Sentral. Selesai menunaikan solat asar, kami menaiki Komuter untuk perjalanan pulang.
Sehari yang cukup bersejarah dan memberi kepuasan kepada diri sendiri. Anak saya juga sibuk bercerita kepada neneknya dan kawan-kawannya apa yang dia alami semasa peristiwa BERSIH 3.0. Semoga ia kekal menjadi azimat kepada perjuangan yang belum selesai.
Dewasa dia akan faham. Bersih 3.0 adalah memperjuangkan masa depannya di dalam sebuah Negara Tercinta Ini.
Aku terfikir, bagaimana pihak Polis boleh melepaskan gas pemedih mata sedangkan kami ini langsung tidak bawa apa-apa senjata untuk mempertahankan diri. Kami hadir kerana Cintakan Negara. Hanya Doa dan harapan yang kami ada.
Bagi saya, sekurang-kurangnya Bersih 3.0 berjaya mengocak suasana politik negara agar pemimpin-pemimpin yang zalim, tidur, rasuah tidak akan lena dan bersenang lenang.
Catatan 1.07 pagi

No comments:
Post a Comment