Monolog
Sebagai seorang warga yang dilahirkan dibumi Malaysia tercinta ini, kami hanya melihat kepentingan diri dan pembelaan yang sewajarnya kepada kami dan keluarga kami. Itulah yang kami faham sebagai menjadi seorang rakyat yang berjiwa cintakan negara.
Kami langsung tidak pernah melihat, memegang malah terfikir angka-angka besar yang disebut oleh pemimpin-pemimpin kami. 1 biliion, 1 juta, 100 ribu. Setiap bulan hanya beberapa ribu yang kami pegang itupun tidak sampai beberapa hari. Semuanya habis membayar kereta, rumah, persekolahan anak-anak, minyak kereta dan barangan keperluan.
Namun, hidup diteruskan juga. Setiap hari berfikir bagaimana mahu mencari wang lebih, kerana setiap hari perbelanjaan semakin bertambah. Anak-anak semakin membesar. Barangan keperluan semakin meningkat dan kos hidup semakin tinggi.
Apa yang ada di dalam fikiran, apabila ditawarkan sesuatu yang boleh membantu kami, mengurangkan kos hidup, melangsaikan hutang pendidikan, air percuma, penghapusan tol, penurunan harga minyak dan lain-lain kebaikan, maka itu satu tawaran yang baik dan penting kepada kami.
Tidak kiralah itu mungkin satu janji untuk meraih undi, namun apa yang kami fikirkan setelah 40 tahun UMNO memerintah, kami tetap seperti ini. mungkin 20 tahun lepas kami tidak pernah mengecapi pentadbiran UMNO ini, tetapi setelah 31 tahun hidup di dunia ini maka inilah kami hadapi. Semakin hari semakin mengecewakan.
Realiti
Maka, apabila Tuan Rafizi, pendebat yang hebat ini mengutarakan hujah dan fakta tentang masa depan negara, kami semkain teruja. Membayangkan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. melihat dari segi sudut karakter hati kami berkata-kata. Inilah pemimpin yang kami mahukan. Maka saya MEMILIH TUKAR KERAJAAN BARU YANG MENAWARKAN JANJI YANG LEBIH BAIK
Pendapat saya tentang Debat PTPTN ini.
Tahniah kepada Tuan Rafizi Ramli kerana :
1.mempunyai hujah yang mantap dan berfakta
2. Menepati masa yang diberikan
3. Wajah tenang, nada suara tenang
4. Fakta dan angka jelas
5. Tidak mengelabah
Bagi saya kekurangan KJ adalah:
1. Tidak menjawab soalan kemana wang petronas sebanyak 237 bilion
2. Mengatakan hutang Tajuddin Ramli akibat dari kegawatan ekonomi, telah diselesaikan di luar mahkamah, yakin bahawa Tajuddin Ramli membayar hutang 60 peratus atau lebih ( Tiada fakta /hanya prasangka )
3. Mengatakan keyakinan NFC akan membayar hutangnya semula. ( Pelik, macam tahu-tahu je )
4. Mengatakan pelajar IPTS mendapat untung diatas pinjaman PTPTN ( Rasa tersalah sebut, sepatutnya bukan pelajar yang untung, tauke IPTS yang untung sebab ramai pelajar IPTS terpaksa berkerja kerana mahu mencari wang sara hidup, PTPTN hanya untuk membayar kos pengajian )
5.Saya kira 3-4 kali KJ menelan air liurnya. dan mengalih-alihkan lidahnya. ( Tanda mengelabah )
6.Tak sepatutnya mengeluarkan ayat macam budak-budak contoh hinalah kolej komuniti, pakatan rakyat memikir golongan elit sahaja. ( Cakap-cakap kosong dan beremosi )
Sekian, analisa debat malam ini
No comments:
Post a Comment