Sejak minggu lepas memang teringin mahu makan Kuah durian dengan pulut. Maklumlah 'Mak Buyong' 8 bulan ini berselera makan sejak akhir-akhir ini. Mengidamlah agaknya.
Petang tadi singgah di Seksyen 7 Kota Damansara mencari durian. Dapatlah 2 biji durian dengan harga RM 10. Setelah solat maghrib dan isyak. Mengajar anak tuisyen yang akan 'exam; esok hari. Terpaksalah menangguhkan hajat memulakan 'kerja-kerja' membuat kuah durian dan pulut.
Jam 10 malam membuka FB melihat celoteh-celoteh kawan-kawan. Tuan besar sudah tidur bersama anak bujang. Kepenatan baru pulang dari kampung petang tadi. Jam 11 memulakan operasi ke dapur. Memulakan dengan mengupas durian yang 'mak oi' degil sungguh kulit durian tersebut untuk dibuka.
Berpeluh-peluh berusaha membuka 2 biji durian. Kecewa sedikit durian yang diharapkan tidaklah manis namun isinya elok kekuningan. Akhirnya dapatlah seperiuk durian.
Kongsi Resepi Kuah Durian 'Bonda Secret Receipies"
Kuah Durian
Bahan-bahan
Isi durian 10-12 biji
Santan 1 kotak 500ml
Air 2 cawan
Gula 1/2 cawan
Gula melaka 1 ketul
Daun Pandan 3 helai
Cara-cara:
1. Panaskan air di dalam periuk
2. Masukkan gula, biarkan mendidih
3. Masukkan gula melaka
4. Masukkan durian kemudian kacau rata
5. Masukkan santan dan perlahankan api. Kacau sehingga sebati
6. Sejukkan di dalam peti
Pulut
Bahan-bahan
Beras Pulut 2 cawan
Santan 1 cawan
Air panas 1 cawan
Garam 1 sudu kecil
Daun pandan
Minyak masak 2 sudu kecil
Cara-cara:
1. Bersihkan beras pulut di dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan santan dan air panas
2. Masukkan garam dan minyak berserta daun pandan
3. Setelah mendidih kacau perlahan-lahan agar tidak berkerak
4. Biarkan sehingga masak
Seronok memasak walapun penat. Esok mahu dihidangkan kepada Tuan Besar dan Tuan kecil untuk sarapan pagi.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment