Alhamdulillah antara usaha positif yang dijalankan
untuk memberi kefahaman tentang poligami menurut Islam ialah usaha yang
dijalankan di negeri Kelantan iaitu forum berjudul ” Poligami antara madu
dan hempedu.”
Sebagaimana yang dimaklumi hukum asal berpoligami adalah harus,
maka sesuatu yang harus boleh menjadi madu sekiranya tujuan, hasrat dan caranya
betul sebaliknya menjadi hempedu sekiranya niat dan caranya tidak betul…Insha
Allah dikesempatan lain saya akan bincangkan isu ini secara terperinci…fokus
perbincangan saya kali ini ialah berkaitan pengalaman Said Hawwa seorang tokoh
gerakan Islam terkenal dalam isu poligami berdasarkan pertemuan saya dengan
beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan beliau…
PANDANGAN SAID HAWWA TENTANG POLIGAMI SEBELUM BERKAHWIN
Said Hawwa antara individu yang banyak bercerita
dengan teman-teman seperjuangan berhubung isu poligami sehinggakan seorang
rakannya di universiti ; Syaikh Amir Zakiyyah berkata:
Said Hawwa pernah melamar saudara kandung perempuan saya,
oleh kerana beliau terlalu banyak membincangkan topik poligami(seolah-olah
beliau akan berpoligami), maka saya tidak menerima lamarannya.”
SAID HAWWA SUAMI YANG SETIA.
Setelah berkahwin dengan Ummu Muhammad pada usia yang agak
lewat iaitu 30 tahun , Said Hawwa bersama keluarganya berpindah ke Arab Saudi
dan bertugas di bebarapa tempat seperti al-Ihsa’ dan al-Madinah
al-Munawwarah…al-Syaikh Amir Zakiyyah yang berjumpa dengan beliau selepas
beliau berkahwin dan bertanya:
"Said Hawwa sebelum berkahwin anta banyak membicarakan
tentang poligami tetapi sekarang anta langsung tidak bincang fasal poligami."
Said Hawwa menjawab:
"Setelah aku berkahwin aku dapati Ummu Muhammad seorang yang
sangat baik. Maka kerana setia kepadanya aku berjanji tidak akan berkahwin
dengan orang lain selagi mana beliau masih hidup."
Ternyata Said Hawwa seorang yang setia dengan
janjinya, Said Hawwa kembali kerahmatullah ketika berusia 54 tahun pada tahun
1989 dengan meninggalkan seorang balu Ummu Muhammad dan empat orang anak tiga
lelaki iaitu Muhammad, Ahmad dan Muaz dan seorang perempuan Fatimah…sehingga ke
saat penulisan ini(sepengetahuan penulis) Ummu Muhammad masih hidup
dan tinggal dengan anak sulungnya Dr.Muhammad di Abdoon Jordan…maksudnya usia
Ummu Muhammad 54+21=75 tahun…
Menurut anak bongsu Said Hawwa, al-Syaikh al-Murabbi Muaz
bin Said Hawwa ibunya seorang yang solehah kerana neneknya adalah seorang
hafizah al-Quran.
Bagi penulis pula Ummu Muhammad seorang yang berjaya
mendidik anaknya…beliau menjaga anaknya sepanjang Said Hawwa berada di penjara
selama lima tahun, sanggup melayan tetamu al-Marhum yang sangat
ramai…ALHAMDULILLAH anak2nya kini semuanya bertitle Doktor Falsafah dalam
bidang pengajian Islam…
No comments:
Post a Comment