Jam 1.30 pagi saya baru menghabiskan kerja-kerja terakhir selepas Projek Memasak untuk Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kota Damansara. Badan terasa penat namun lambaian kemenangan sudah terasa mengamit sebuah harapan.
Pagi yang mulia ini saya mendapat dua kemenangan, kemenangan menunaikan Ibadat Puasa dan kemenangan menyelesaikan tugasan dan amanah. Terasa indah sungguh kemenangan yang dirasakan. setelah berhempas pulas membanting tenaga dan masa maka manisnya amat terasa.
Jam 8.30 pagi menunaikan solat sunat Hari Raya di Masjid Kota Damansara. ramai sungguh manusia sehingga melimpah ke parking jalan dan di atas rumput. Tahun ini memang ada lainnya. Pertama kali di perantauan kononya. Langsung tiada ada persiapan hidangan raya. maka pagi itu kami bertiga bersarapan di KFC.
Petang baru memulakan perjalanan ke Pahang bertemu ayahbonda tercinta. Berziarah ke rumah saudara mara dan hari raya ketiga pulang pula ke rumah ibu mertua.
Hari raya adalah hari kemenangan dan saya amat rasakan erti dan maknanya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment